Cari pendapatan tambahan..buat blog,youtube,jual ebook,affiliate dan macam-macam lagi..

Monday 28 February 2011

Bagaimana hendak mencari pendapatan tambahan?

           Seringkali kita tertanya-tanya,bagaimana nak mencari duit sebagai pendapatan tambahan.Setiap waktu saat,minit,jam malah setiap hari kita berfikir bagaimana nak mencari side income.Dengan kenaikan harga barang di negara kita malah di peringkat global,sudah pasti sedikit sebanyak memberi kesan kepada kita,terutama anda yang bergelar ketua keluarga.Nasib baik baru-baru ni kerajaan tidak jadi hendak menaikkan harga minyak petrol RON95,kalau tidak ianya sudah pasti memberi tekanan kepada anda yang setiap hari menggunakan kenderaan seperti kereta,dan motor.Tetapi kita tidak seharusnya berasa terus sedap hati atau berasa senang dengan keputusan kerajaan tidak jadi hendak menaikkan harga minyak ini,kerana kerajaan sedang menanggung subsidi berbilion ringgit,sampai bilakah kerajaan akan terus mampu menanggung subsidi tersebut.Pada satu hari nanti harga minyak tetap akan naik kerana ia berkait rapat dengan harga minyak dunia.
          Apabila harga minyak naik,barang-barang keperluan harian juga akan naik,harga makanan,ikan,ayam,sayur,kelapa dan sektor perkhidmatan juga akan naik.Sekarang hendak menggunakan tandas awam,akan dicaj 20-30 sen,ada sesetengah tempat 50 sen pun ada jugak,lain la di KLCC nak buang air kecil je kena caj RM2.00,ini tidak mustahil suatu hari nanti caj tersebut akan meningkat.
           Kita sebagai rakyat Malaysia,terutama masyarakat melayu,tidak harus bergantung 100% kepada subsidi,kita harus mencari jalan penyelesaian bagaimana hendak mencari duit tambahan,kita mesti bersaing secara sihat dengan bangsa lain.Tidak dinafikan lagi kaum cina lebih mendahului dari segi ekonomi negara.Sedarkah kita,atau pernah ke anda bertanya,apa yang menyebabkan mereka boleh mendahului dari segi ekonomi?Jawapannya ialah BERNIAGA..!!
          Cuba kita perhatikan pekan-pekan atau bandar yang anda menetap sekarang,cuba anda kira berapa jumlah premis melayu dengan premis kaum cina...boleh dibilang dengan jari jer..yang ada kedai makan melayu.Ini kerana kaum bumiputra tidak mahu cuba berniaga atau tidak minat berniaga.Dengan berniaga sajalah yang boleh membantu atau menambah kewangan kita,tidak kira berniaga besar atau kecil.Kita hanya berminat kepada program MLM yang tumbuh bak cendawan,yang hanya menawarkan "anda labur,goyang kaki,tidak perlu menjual barang,tidak perlu maintain,tidak perlu cari orang " dan bermacam-macam cara lagi teknik yang digunakan oleh syariakt MLM ni.Saya juga tidak menafikan ada juga syarikat MLM yang boleh berjaya seperti CNI,ANA EDAR,AMWAY dan bermacam lagilah.
        Anda harus berhati-hati,ada beberapa perbezaan syarikat MLM,ada yang mengamal skim cepat kaya,pelaburan internet,kutu dan sebagainya.Syarikat MLM yang sebenar hanya akan menekan jualan produk dan menggunakan produk keluaran syarikat tersebut,disamping itu ada pemberian jenis-jenis bonus untuk ahli yang berkerja keras,bukan hanya menekan jumlah rekrut ahli baru dan mengenakan caj ahli yang tinggi,plan yang diluar logik akal.kalau anda ditawarkan plan begini...anda tidak perlu menjual produk,tidak perlu maintain produk,tidak perlu hadiri mesyuarat,taklimat,,,anda hanya perlu labur dan goyang kaki,dan anda akan dapat pulangan dalam masa beberapa bulan sahaja. Nasihat saya jauhkan diri anda dari termakan dengan ayat atau pujukan ahli syarikat tersebut.
       Cuba anda fikirkan dengan sedalam-dalamnya,mana ada bisnes yang menawarkan dengan hanya goyang kaki tanpa perlu buat apa-apa,anda akan menikmati keuntungan atau kemewahan dengan sekelip mata.Kalau ada la..dah ramai bilionner di Malaysia sekarang.Bagi saya tidak ada perkara senang dalam dunia ini..ada pepatah mengatakan bukan senang nak senang...Pengalaman saya sendiri,sudah beberapa kali saya terlibat dengan syarikat MLM yang menawarkan skim sebegitu..tetapi saya tidak juga senang,malah kerugian beribu ringgit,kawan menghilang atau menjauhkan diri..

     Untuk kali ini,hanya setakat ini sahaja yang mampu saya coretkan,insyallah pada masa lapang saya akan update post ini..ada sedikit pengalaman yang hendak saya kongsikan....