Cari pendapatan tambahan..buat blog,youtube,jual ebook,affiliate dan macam-macam lagi..

Monday 23 May 2011

EMAS ADALAH PELABURAN SEBENAR


Emas,emas,emas..adalah sesuatu yang asing bagi saya,kerana selama ini saya hanya fikir emas adalah untuk kaum hawa sahaja,sebagai barang perhiasan,barang kemas.Pada awal tahun ini,saya mula mengikuti perkembangan emas ini.Apa yang saya dapat rumuskan harga emas memang ada kenaikan pada setiap masa.

Pada tahun 2005,pertama kali saya membeli emas sebagai barang untuk merisik dan untuk perkahwinan.Pada masa itu harga emas RM87 segram,bagi saya ianya sudah mahal.Selepas pada itu saya tidak lagi mengikuti perkembangan harga emas,cuma sekali sekala sahaja ketika isteri hendak membeli emas,baru saya bertanya kepada cina kedai emas berapa harga sekarang.Apa yang pasti harga emas makin naik.Pada hari ini harga emas telah mencecah RM160 segram.

Hinggalah pada awal tahun 2011 ini,saya tiba-tiba berminat mengikuti harga emas semasa.Itupun setelah saya terbaca di dalam surat khabar Harian Metro mengenai pelaburan emas daripada pengedarnya pokli.Sejak dari itu boleh dikatakan hari-hari surat khabar menceritakan mengenai keuntungan menyimpan emas sebagai aset pelaburan.Timbulah minat saya untuk mengetahui lebih lanjut.Pertama kali saya telah menyertai satu seminar percuma yang diadakan pada bulan Mei dicawangan Public Gold di Ipoh yang disampaikan sendiri oleh pokli.