Cari pendapatan tambahan..buat blog,youtube,jual ebook,affiliate dan macam-macam lagi..

Monday 21 March 2011

myMetro | 600 suri rumah dilatih jana pendapatan

Kementerian Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menyediakan peruntukan sebanyak RM600,000 kepada Yayasan Keusahawanan Sosial (YKS) sebagai satu inisiatif 1 AZAM-Azam Niaga menerusi program Ekonomi Menjana Aspirasi Keluarga (eMAK).

Menterinya Datuk Seri Shahrizat Abdul jalil berkata,program anjuran bersama KPWKM dan YKS itu bagi membantu golongan suri rumah daripada keluarga berpendapatan rendah menjana pendapatan dari rumah berkonsep 'small office,home office' (soho) menerusi penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi.

Sunday 20 March 2011

Akaun Paypal.


Sekiranya and berkeinginan menjana pendapatan online melalui blogging,affiliate,ebay dan sebagainya,saya syorkan anda membuka akaun paypal.Banyak program-program menjana pendapatan di internet membayar wang melalui paypal.
Kerana dengan pembayaran melalui paypal adalah lebih selamat dan terjamin.Antara program-program yang membayar melalui paypal adalah Text-Link-Ads.com,Revresponse.com,Smorty.com,Blogvertise.com,Indeed.com,Jobmatic.com,Ebay.com dan juga sebagainya.
Cara pendaftarannya pun mudah,anda hanya perlukan kad kredit atau kad debit dari bank tempatan seperti Public Bank,Maybank,CIMB Bank,Al Rajhi dan sebagainya.Saya juga menggunakan akaun paypal untuk menjana pendapatan dari Ebay.Anda boleh daftar akaun paypal disini.

Saturday 19 March 2011

Cara buat duit dari blog

Ada beberapa cara untuk kita mendapatkan pendapatan tambahan dari blog.Jika anda berminat atau ada kemahiran dalam bab penulisan,arena blog adalah yang sesuai.Anda boleh mencurah idea atau pendapat anda di dalam blog anda sendiri,anda bebas berkarya tetapi harus diingat jangan la kita menyentuh isu-isu sentiviti seperti perkauman,politik yang melampau.
Anda boleh membuat blog peribadi,iaitu mengenai diri anda,keluarga dan sahabat handai.Jika anda ada kemahiran seperti pandai membuat kek,jahitan,baiki barang-barang elektrik dan sebagainya,anda boleh menceritakan,berkongsi atau membantu blogger tentang kemahiran anda itu. Disamping itu anda boleh menjana pendapatan dari blog anda.Sudah ramai yang membuat duit dari hanya membuat blog.Ada banyak ebook-ebook percuma di pasaran internet tentang cara-cara membuat duit dari blog.Buku-buku pun ada dijual di kedai-kedai buku.
Sememangnya terdapat beratus-ratus program menjana duit dari dalam internet,tetapi anda harus berhati-hati kerana banyak juga yang menipu.Anda harus membuat penyelidikan dan bertanya tentang sesuatu program sebelum anda menyertainya.
Disini saya akan menyatakan beberapa program membuat duit melalui blog yang boleh anda sertai dan mulakan.

Google Adsense.
Google Adsense adalah program buat duit paling popular.Tetapi untuk mendapatkan kelulusan dari pihak Adsense agak sukar.Tetapi anda boleh terus mencuba.Program Adsense merupakan program PPC ( Pay Per Click )yang mana anda akan dibayar apabila ada pelawat mengklik iklan adsense di blog anda.

Text-Link-Ads.com
Text-Link-Ads.com ( TLA ) adalah satu lagi program yang boleh memberi pulangan kepada anda.Ianya bergantung kepada PageRank (PR) blog anda,lagi tinggi PageRank,lagi mahal nilai iklan yang diletakkan di blog anda.

Revresponse.com
Revresponse.com adalah antara penyumbang pendapatan dari blog anda.Program ini berbentuk PPA (Pay Per Action )yang mana hanya akan membayar publisher setelah ada orang mendaftar untuk menerima majalah percuma dan pendaftaran mereka diterima.Sekiranya pendaftaran si pendaftar tidak lulus,maka anda tidak akan dibayar.Paling minima anda akan dibayar USD1.50 untuk satu pendaftaran.

Nuffnang.com
Nuffnang.com adalah program pengiklanan tempatan pertama seperti Adsense yang mana berkonsepkan PPC.Banyak blog dan website di Malaysia yang menggunakan Nuffnang.com untuk menjanakan pendapatan mereka.

Banyak lagi cara yang boleh anda menjanakan pendapatan anda.Apa yang penting sekarang,anda harus banyak belajar,kuat berusaha tanpa mudah putus asa,dan konsisten.Insyaallah apa yang anda lakukan diberkati Allah.

Sampai jumpa lagi.

Kalau Berpacaran - Sohaimi Mior Hassan 'C.S.D.P 13' - Funny



Video ini aku baru tau dari program siti,best jgk idea cik Shida ini..sekadar hiburan jelah ye..

Thursday 17 March 2011

Cari Pendapatan Tambahan: Berita di hujung jari anda.Anda boleh mendapatkan ...

Cari Pendapatan Tambahan: Berita di hujung jari anda.Anda boleh mendapatkan ...: "Berita di hujung jari anda.Anda boleh mendapatkan berita semasa dan terkini dengan hanya membuat klik di sebelah Harian Metro Online"
Berita di hujung jari anda.Anda boleh mendapatkan berita semasa dan terkini dengan hanya membuat klik di sebelah Harian Metro Online

Wednesday 16 March 2011

Awie kata dia pernah jadi jutawan..betul ke..


Awie membocorkan rahsia,bahawa dia pernah memegang status jutawan pada usianya 25 tahun pada tahun 1995.Pada waktu itu dia meledak dengan filem-filem hit seperti sembilu dan bara.Malah lagu-lagunya turut menjadi faktor kewangannya menjadi kukuh.
Tetapi berapa lama awie memegang status jutawan tersebut,untuk maklumat lanjut klik disini

Muflis kerana hutang..

Ramai penjawat awam terjerat dengan skim tanpa deposit.

Berita semalam 15/3/2011 melaporkan seramai 542 daripada 1,086 penjawat awam yang diistiharkan muflis sejak beberapa tahun kebelakangan ini kerana terperangkap dengan tawaran pembelian kereta tanpa deposit.Pada hari semalam saya berjalan-jalan salah sebuah pusat membeli belah di sekitar Ipoh,saya melihat satu pameran kereta tempatan memberikan tawaran membeli kereta tanpa membayar deposit.Mengikut kata penjual kereta tersebut ianya amat sesuai untuk mereka yang baru bekerja,tetapi ingin memiliki kereta.Tawaran tersebut memang menarik,sehinggakan saya pun agak berminat dengan tawaran tersebut.
Bagi saya tawaran ini agak membebankan walaupun tanpa deposit,tetapi ansuran bulanannya agak tinggi.Nasihat saya lebih baik anda mengumpul wang dahulu untuk membayar deposit sekurang-kurangnya 10% dari harga kereta yang ditawarkan tersebut.Ini bagi mengelakkan anda terperangkap dan membuat anda tidak mempu membayar bulanan tersebut,lagi satu nasihat saya,gunalah kereta yang bersesuaian dengan pendapatan anda,jika anda berpendapatan kecil,tetapi memasang impian memiliki kereta diluar kemampuan anda,itulah yang membawa kepada ambang muflis.Jika anda ingin membaca laporan yang lebih lanjut klik disini

Wednesday 9 March 2011

Lawak Mr Bean - Bermain intrumen drum secara halimunan

video nie saya postkan yang untuk release tension jer...sekadar hiburan untuk anda..



Anak sulung saya cukup minat dengan Mr Bean nie..kalau ada kartun Mr Bean,memang dia tak kan lepaskan peluang,siap berebut remote dengan umi dia lagi..

Best Motivational video ever

Video motivasi untuk membakar semangat anda yang makin pudar.



Apa kaitan video di atas dengan post saya kali ini,sedarkah anda kita sebagai manusia mudah putus asa,ataupun dalam bahasa orang putih 'Give up'.Apa benda yang kita lakukan tapi mudah putus asa,pasti tidak akan kemana impian kita itu.Putus asa ini bukan hanya di dalam dunia perniagaan malah dalam hidup kita pun ada putus asa.Persoalannya.. ,macam mana kita hendak mengelakkan putus asa ini ada dalam diri kita.Anda nak tahu jawapannya...teruskan berusaha,dan banyak berdoa kepada Ilahi,itulah jawapan yang sebenarnya.

Tiada jawapan yang khusus untuk soalan putus asa ini.Cuba anda perhatikan,ataupun anda pernah membaca kisah-kisah kejayaan jutawan di Malaysia ataupun di dunia.Tiada istilah putus asa berada di dalam diri mereka.Apa yang mereka hanya lakukan teruskan usaha.Seperti mana contoh video di atas,dia hanya seorang yang cacat tanpa kaki dan tangan,dia berusaha dan terus berusaha untuk bangun sahaja,berulang kali dia lakukan,sekarang dia sudah mampu bangun jika terjatuh tanpa bantuan sesiapa pun.Itu salah satu contoh kecil yang saya sediakan.

Begitu jugalah di dalam memulakan perniagaan ataupun apa perkara sekali pun,kita harus terus mencuba walaupun gagal beratus kali.Cuba tengok penggiat filem tanah air kita yang berbangsa cina ini,filem pertama dan kedua yang beliau keluarkan tidak mendapat sambutan yang hangat,tetapi beliau terus cuba mencari ilham atau idea baru untuk mengeluarkan filem yang mampu mencatat kutipan yang tinggi malah box office.Anda kenal siapa yang saya maksudkan? Beliau ialah Mr David Teo,sekarang beliau telah menjadi jutawan dengan hasil filem dan mampu memberi angpow atau bonus yang agak lumayan kepada para pelakon dan kakitangan syarikat David.

Mengikut pengalaman orang yang sudah lama terlibat di dalam dunia perniagaan ini.Untuk mewujudkan atau memulakan perniagaan tidak susah,tetapi untuk mempertahankan perniagaan itu yang susah.Kalau anda mengatakan untuk memulakan perniagaan itu lagi susah,terpulang kepada anda,bila anda sudah mampu memulakan perniagaan tidak kira kecil atau besar nanti,baru anda sedar apa yang dikatakan oleh orang lama..renung-renungkan..

Tuesday 8 March 2011

Monday 7 March 2011

Sunday 6 March 2011

Kadar Inflasi di Malaysia

Artikel kali ini memang tidak menjurus kearah bagaimana mencari pendapatan tambahan,tetapi ianya memang ada kaitan sedikit sebanyak di dalam kehidupan kita seharian.Walaupun kadang-kala kita tidak merasai kenaikan inflasi ini,tetapi secara tidak sedar ia memang mempengaruhi kehidupan kita,hari-hari kita membelanjakan wang,untuk membeli di pasar,di kedai runcit ataupun supermarket,pendek kata memang setiap harilah kita membelanjakan wang.

Tahukah anda simpanan anda di bank itupun akan susut nilai akibat kadar inflasi ini,untuk jangka panjang la,melainkan anda menyimpan atau membuat pelaburan dengan unit trust ( Saham Amanah ) seperti PUBLIC MUTUAL.Ada juga bank-bank tempatan yang lain menawarkan pelaburan di dalam unit trust ini,tetapi Public Mutual mempunayai nilai dana pelaburan yang tertinggi di Malaysia,pendek kata No 1 lah.Ini kerana dengan unit trust ini akan memberi kadar pulangan yang tinggi lebih dari 10 peratus.Tahukah anda lagi jika simpanan anda mendapat dividen kurang atau sama dengan kadar inflasi pada tahun tersebut hukumnya adalah RUGI.Di bawah ini ada saya sediakan sedikit artikel tentang inflasi di negara kita,sila baca sebagai tambahan pengetahuan.

Kadar inflasi di Malaysia pada Disember 2010 naik kepada 2.2 peratus,iaitu yang tertinggi dalam tempoh 19 bulan.Ini sekali gus merekodkan kadar inflasi tahunan kepada 1.8 peratus untuk 2010.Kenaikan kadar inflasi itu berpunca daripada lonjakan harga makanan,komoditi dan penurunan subsidi oleh kerajaan pada akhir tahun 2010.Penurunan subsidi yang menyaksikan kenaikan harga petrol RON95 dan diesel sebanyak 5 sen seliter,LPG 5 sen sekilogram dan gula 20 sen sekilogram serta sambutan perayaan krismas dan cuti sekolah telah mendorong kenaikan inflasi.

Bagaimanapun,kadar inflasi negara masih jauh lebih rendah berbanding Indonesia 6.9 peratus,Korea 3.5 peratus,Thailand 3 peratus dan india 8.4 peratus.Berdasarkan laporan Financial Times,kajian yang dijalankan oleh Northern Light mendapati 62 peratus pelabur menjangkakan inflasi akan meningkat secara global.Awal minggu ini data yang dikeluarkan di Britain menunjukkan indeks Harga pengguna di United Kingdom mencecah 3.7 peratus pada Januari 2011.Ini menguatkan spekulasi bahawa inflasi sedang meningkat.Reuters pula melaporkan syarikat-syarikat di China dan India,yang selama ini menikmati ekonomi yang kukuh bimbang menghadapi risiko inflasi.Pengerusi syarikat pembuat tayar India,Apollo Tyres,Onkar Kanwar berkata,harga minyak dan getah asli melonjak seumpama emas sekarang.

Inflasi di Negara ini boleh dikawal dan diuruskan dengan baik,walaupun kerajaan mengurangkan pemberian subsidi.Ianya boleh dikawal sekiranya pengurangan subsidi itu dilakukan secara berperingkat-peringkat.
Analisis telah dibuat oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dan menunjukkan ia akan meningkat kepada 3 peratus atau turun kepada 2.9 peratus untuk masa ini.Hutang Negara akan meningkat pada tahun itu sekiranya negara terus bergantung kepada pemberian subsidi kerajaan.Antara cadangan pengurangan subsidi membabitkan subsidi gas yang mengakibatkan peningkatan tarif elektrik,kenaikan kadar tol,caj hospital awam dinaikkan dan sebagainya.Kerajaan juga mencadangkan agar langkah mengurangkan subsidi petrol secara berperingkat dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi dan maju.

Malaysia merupakan salah sebuah Negara yang memberikan subsidi yang banyak di dunia dengan jumlah subsidi sebanyak RM74 billion pada 2009.Ia meliputi subsidi social sebanyak RM24.8 billion,minyak sebanyak RM23.5 billion dan makanan sehingga mencecah RM3.1 billion.Sementara itu,kaji selidik BNM menunjukkan inflasi akan meningkat kepada 4 peratus pada 2011 hingga 2012 dan berada sekitar 3 peratus selepas 2013.
                                                                                                             Petikan dari BH kalssifieds Sabtu 5 mac 2011
Itulah serba sedikit maklumat yang dapat saya sediakan untuk paparan blog saya kali ini.Apa yang dapat saya rumuskan,kita harus bersiap sedia dengan kenaikan kadar inflasi ini.Kita tidak akan mampu mengelak dari merasai kesan kenaikan inflasi ini,apa yang boleh anda dan saya lakukan,kita hendaklah sentiasa berjimat cermat dan bersederhana di dalam perbelanjaan seharian kita,membuat simpanan untuk masa depan,untuk kecemasan dan sebagainya.
Sehingga kita bertemu lagi…wassalam..

Wednesday 2 March 2011

Buat Duit Dengan Cara Pos

Untuk makluman anda semua...

Laporan ini hanya sebahagian intipati daripada ilmu dan pengalaman yang saya lalui.Diharap ianya dapat mencetuskan ilmu dan idea untuk anda.Yang pastinya duit tidak datang bergolek,sebaliknya anda perlu berusaha sehingga anda mencapai sasaran yang anda inginkan.Apa yang pasti 90% orang yang membaca laporan ini akan membuang atau tidak mengendahkan begitu saja,manakala hanya 10% sahaja yang akan mempergunakan  dan memanfaatkan apa yang saya ingin sampaikan.

          Tanya pada diri anda,adakah anda dari golongan 90% atau 10%?Berpeganglah dengan kata-kata keramat ini “Bukan senang nak senang,dan bukanlah susah sangat nak susah”.Saya akui pendapatan yang saya paparkan ini berkemungkinan tidak langsung menarik minat anda,tetapi ianya memang realistic dan logic untuk dicapai oleh semua orang,itupun bergantung juga kepada usaha anda.

          Jika anda kuat berusaha,tekun dengan apa yang anda lakukan,sudah tentulah pendapatan anda lebih dari apa yang saya nyatakan.Bagi saya senang sahaja,tanpa usaha yang gigih,cepat berputus asa,jangan haraplah anda akan mendapat pulangan yang lumayan.

        Saya tidak menyatakan yang anda akan mendapat pulangan yang lumayan sehingga berpuluh ribu sebulan sepertimana dengan bisnes-bisnes yang lain,kerana ianya bergantung kuat dengan usaha anda,tetapi cukuplah sekadar dengan sasaran awal sebanyak RM 1000.00 sebulan.Nama pun menambah pendapatan secara sambilan,tetapi ianya juga tidak mustahil suatu hari nanti bisnes ini menjadi punca pendapatan anda,kerana sasaran itu telah meningkat kepada Rm3000,Rm6000 sebulan dan seterusnya hingga ke sasaran yang anda mungkin tidak percaya,ini telah dibuktikan segelintir rakyat Malaysia,hanya membuat bisnes di rumah sahaja tetapi mampu hidup dengan senang lenang.Apa-apa pun macam saya uar-uarkan tadi ianya bergantung kepada usaha,minat,dan kegigihan anda.

 
Pesanan dari Tun Dr Mahathir..

“ Orang melayu harus mencuba berniaga secara kecil-kecilan dengan menggunakan modal yang kecil,kemudian baru mengembangkan perniagaan hingga ke peringkat antarabangsa,jika tidak orang melayu akan ketinggalan dengan bangsa lain”
                                                                                          Petikan dari majalah Jutawan

SEDARKAH ANDA…?
kita lebih selesa dengan makan gaji dari memulakan perniagaan,walaupun gaji tidak sebanyak mana,tetapi kita amat selesa dan yang penting tiada risiko.Kita lebih selesa dengan adanya slip gaji  kerana mudah untuk membuat pinjaman peribadi di bank-bank tempatan.Duit pinjaman tersebut akan digunakan atas urusan peribadi seperti ingin berkahwin,beli kereta atau motorsikal,melancong,menyimpan untuk diwaktu kecemasan(kononnya la).Akhirnya tidak sampai 2 atau 3 bulan duit pinjaman habis tanpa kita sedari.Begitulah hidup kita,pinjam habis pinjam habis,hutang makin bertimbun.
Mahukan anda hidup dengan hutang sampai pencen untuk kakitangan yang makan gaji baik kakitangan kerajaan ataupun swasta.Tidak terfikirkah anda ingin memulakan perniagaan walaupun secara kecil-kecilan.Kita semua maklum yang rezeki dari perniagaan lebih bagus ataupun lebih lumayan.Dari segi agama pun kita digalakkan berniaga,kerana ia salah satu wadah berjihad.

                      Dan tidak terfikirkah anda ingin memasang impian atau berangan-angan,ingin mempunyai simpanan yang banyak di dalam bank,ingin melancong tidak kiralah di dalam Negara ataupun luar Negara,ingin bersedekah kepada yang memerlukan,menggunakan kenderaan yang agak selesa atau mewah,mempunyai rumah yang selesa dan besar.Saya pasti anda terfikir ataupun memasang angan-angan untuk semua itu.Ayuh anda harus bangun dari semua khayalan tersebut,anda
harus bertindak pada hari ini juga,tidak guna berangan tanpa melakukan sesuatu apa pun…buang masa anda sahaja..!

LAKUKAN SESUATU………..!!