Cari pendapatan tambahan..buat blog,youtube,jual ebook,affiliate dan macam-macam lagi..

Monday 23 May 2011

EMAS ADALAH PELABURAN SEBENAR


Emas,emas,emas..adalah sesuatu yang asing bagi saya,kerana selama ini saya hanya fikir emas adalah untuk kaum hawa sahaja,sebagai barang perhiasan,barang kemas.Pada awal tahun ini,saya mula mengikuti perkembangan emas ini.Apa yang saya dapat rumuskan harga emas memang ada kenaikan pada setiap masa.

Pada tahun 2005,pertama kali saya membeli emas sebagai barang untuk merisik dan untuk perkahwinan.Pada masa itu harga emas RM87 segram,bagi saya ianya sudah mahal.Selepas pada itu saya tidak lagi mengikuti perkembangan harga emas,cuma sekali sekala sahaja ketika isteri hendak membeli emas,baru saya bertanya kepada cina kedai emas berapa harga sekarang.Apa yang pasti harga emas makin naik.Pada hari ini harga emas telah mencecah RM160 segram.

Hinggalah pada awal tahun 2011 ini,saya tiba-tiba berminat mengikuti harga emas semasa.Itupun setelah saya terbaca di dalam surat khabar Harian Metro mengenai pelaburan emas daripada pengedarnya pokli.Sejak dari itu boleh dikatakan hari-hari surat khabar menceritakan mengenai keuntungan menyimpan emas sebagai aset pelaburan.Timbulah minat saya untuk mengetahui lebih lanjut.Pertama kali saya telah menyertai satu seminar percuma yang diadakan pada bulan Mei dicawangan Public Gold di Ipoh yang disampaikan sendiri oleh pokli.

Setelah saya mendengar taklimat dari pokli itu,semangat saya menjadi berkobar-kobar untuk saya menyertai Public Gold.2 hari selepas itu saya telah mengambil keputusan untuk menjadi Normal Dealer Public Gold,kerana saya juga yakin dengan simpan emas ini boleh dijadikan pelaburan untuk jangka panjang.Dengan bermodalkan lebih kurang RM20k saya telah menjadi agen Public Gold dan telah mendapat beberapa keping emas dinar dan gold bar.

Saya berasa tidak percaya dengan hanya beberapa keping emas dinar dan gold bar itu nilainya RM20k.Tapi itulah hakikatnya nilai emas semakin tinggi kerana permintaannya sentiasa ada.Anda tahu kenapa saya memilih Public Gold,sebelum saya mengenali Public Gold,saya telah berkenalan dengan syarikat-syarikat lain yang menjadikan emas ini sebagai pelaburan juga.Ada yang menjanjikan keuntungan setiap bulan,ada yang menggunakan Ar Rahnu sebagai motif utama membuat keuntungan,dan bermacam-macam lagi yang saya jumpa.Tetapi saya tidak yakin dengan syarikat-syarikat yang berasaskan seperti saham cepat kaya,tiada mengesahan dari SSM,Bank negara,itu semua menimbulkan keraguan pada saya.

Syarikat Public Gold ini,telah diparkenalkan kepada saya daripada pokli( Jutawan emas skrg nie)beliau telah menyertai Public Gold ini selama hampir 3 tahun.Syarikat Public Gold ini juga kukuh kerana ia mempunyai cawangan yang banyak di Malaysia,malah singapura.Syarikat ini juga telah mendapat kelulusan dari Bank Negara.

Tujuan saya menjadi dealer Public gold ini adalah sebagai untuk menambah pendapatan disamping membuat pelaburan dengan emas.Pendek kata sambil menyelam minum air.Saya jual emas jika ada permintaan,jika tiada permintaan pun saya boleh menyimpan emas itu sebagai pelaburan.Mengikut rekod tahun-tahun yang lepas harga emas boleh mencecah sehingga 30% setahun.Cuba anda kira berapa yang saya boleh dapat dalam tempoh 5 tahun akan datang dengan nilai RM20k tersebut.

Saya akan sambung pengalaman pertama saya selepas menjadi dealer Public Gold ini dipost akan datang.

contoh emas yang dipesan dari Public Gold.

No comments:

Post a Comment