Cari pendapatan tambahan..buat blog,youtube,jual ebook,affiliate dan macam-macam lagi..

Wednesday 2 March 2011

Buat Duit Dengan Cara Pos

Untuk makluman anda semua...

Laporan ini hanya sebahagian intipati daripada ilmu dan pengalaman yang saya lalui.Diharap ianya dapat mencetuskan ilmu dan idea untuk anda.Yang pastinya duit tidak datang bergolek,sebaliknya anda perlu berusaha sehingga anda mencapai sasaran yang anda inginkan.Apa yang pasti 90% orang yang membaca laporan ini akan membuang atau tidak mengendahkan begitu saja,manakala hanya 10% sahaja yang akan mempergunakan  dan memanfaatkan apa yang saya ingin sampaikan.

          Tanya pada diri anda,adakah anda dari golongan 90% atau 10%?Berpeganglah dengan kata-kata keramat ini “Bukan senang nak senang,dan bukanlah susah sangat nak susah”.Saya akui pendapatan yang saya paparkan ini berkemungkinan tidak langsung menarik minat anda,tetapi ianya memang realistic dan logic untuk dicapai oleh semua orang,itupun bergantung juga kepada usaha anda.

          Jika anda kuat berusaha,tekun dengan apa yang anda lakukan,sudah tentulah pendapatan anda lebih dari apa yang saya nyatakan.Bagi saya senang sahaja,tanpa usaha yang gigih,cepat berputus asa,jangan haraplah anda akan mendapat pulangan yang lumayan.

        Saya tidak menyatakan yang anda akan mendapat pulangan yang lumayan sehingga berpuluh ribu sebulan sepertimana dengan bisnes-bisnes yang lain,kerana ianya bergantung kuat dengan usaha anda,tetapi cukuplah sekadar dengan sasaran awal sebanyak RM 1000.00 sebulan.Nama pun menambah pendapatan secara sambilan,tetapi ianya juga tidak mustahil suatu hari nanti bisnes ini menjadi punca pendapatan anda,kerana sasaran itu telah meningkat kepada Rm3000,Rm6000 sebulan dan seterusnya hingga ke sasaran yang anda mungkin tidak percaya,ini telah dibuktikan segelintir rakyat Malaysia,hanya membuat bisnes di rumah sahaja tetapi mampu hidup dengan senang lenang.Apa-apa pun macam saya uar-uarkan tadi ianya bergantung kepada usaha,minat,dan kegigihan anda.

 
Pesanan dari Tun Dr Mahathir..

“ Orang melayu harus mencuba berniaga secara kecil-kecilan dengan menggunakan modal yang kecil,kemudian baru mengembangkan perniagaan hingga ke peringkat antarabangsa,jika tidak orang melayu akan ketinggalan dengan bangsa lain”
                                                                                          Petikan dari majalah Jutawan

SEDARKAH ANDA…?
kita lebih selesa dengan makan gaji dari memulakan perniagaan,walaupun gaji tidak sebanyak mana,tetapi kita amat selesa dan yang penting tiada risiko.Kita lebih selesa dengan adanya slip gaji  kerana mudah untuk membuat pinjaman peribadi di bank-bank tempatan.Duit pinjaman tersebut akan digunakan atas urusan peribadi seperti ingin berkahwin,beli kereta atau motorsikal,melancong,menyimpan untuk diwaktu kecemasan(kononnya la).Akhirnya tidak sampai 2 atau 3 bulan duit pinjaman habis tanpa kita sedari.Begitulah hidup kita,pinjam habis pinjam habis,hutang makin bertimbun.
Mahukan anda hidup dengan hutang sampai pencen untuk kakitangan yang makan gaji baik kakitangan kerajaan ataupun swasta.Tidak terfikirkah anda ingin memulakan perniagaan walaupun secara kecil-kecilan.Kita semua maklum yang rezeki dari perniagaan lebih bagus ataupun lebih lumayan.Dari segi agama pun kita digalakkan berniaga,kerana ia salah satu wadah berjihad.

                      Dan tidak terfikirkah anda ingin memasang impian atau berangan-angan,ingin mempunyai simpanan yang banyak di dalam bank,ingin melancong tidak kiralah di dalam Negara ataupun luar Negara,ingin bersedekah kepada yang memerlukan,menggunakan kenderaan yang agak selesa atau mewah,mempunyai rumah yang selesa dan besar.Saya pasti anda terfikir ataupun memasang angan-angan untuk semua itu.Ayuh anda harus bangun dari semua khayalan tersebut,anda
harus bertindak pada hari ini juga,tidak guna berangan tanpa melakukan sesuatu apa pun…buang masa anda sahaja..!

LAKUKAN SESUATU………..!!
 


No comments:

Post a Comment