Cari pendapatan tambahan..buat blog,youtube,jual ebook,affiliate dan macam-macam lagi..

Saturday 19 March 2011

Cara buat duit dari blog

Ada beberapa cara untuk kita mendapatkan pendapatan tambahan dari blog.Jika anda berminat atau ada kemahiran dalam bab penulisan,arena blog adalah yang sesuai.Anda boleh mencurah idea atau pendapat anda di dalam blog anda sendiri,anda bebas berkarya tetapi harus diingat jangan la kita menyentuh isu-isu sentiviti seperti perkauman,politik yang melampau.
Anda boleh membuat blog peribadi,iaitu mengenai diri anda,keluarga dan sahabat handai.Jika anda ada kemahiran seperti pandai membuat kek,jahitan,baiki barang-barang elektrik dan sebagainya,anda boleh menceritakan,berkongsi atau membantu blogger tentang kemahiran anda itu. Disamping itu anda boleh menjana pendapatan dari blog anda.Sudah ramai yang membuat duit dari hanya membuat blog.Ada banyak ebook-ebook percuma di pasaran internet tentang cara-cara membuat duit dari blog.Buku-buku pun ada dijual di kedai-kedai buku.
Sememangnya terdapat beratus-ratus program menjana duit dari dalam internet,tetapi anda harus berhati-hati kerana banyak juga yang menipu.Anda harus membuat penyelidikan dan bertanya tentang sesuatu program sebelum anda menyertainya.
Disini saya akan menyatakan beberapa program membuat duit melalui blog yang boleh anda sertai dan mulakan.

Google Adsense.
Google Adsense adalah program buat duit paling popular.Tetapi untuk mendapatkan kelulusan dari pihak Adsense agak sukar.Tetapi anda boleh terus mencuba.Program Adsense merupakan program PPC ( Pay Per Click )yang mana anda akan dibayar apabila ada pelawat mengklik iklan adsense di blog anda.

Text-Link-Ads.com
Text-Link-Ads.com ( TLA ) adalah satu lagi program yang boleh memberi pulangan kepada anda.Ianya bergantung kepada PageRank (PR) blog anda,lagi tinggi PageRank,lagi mahal nilai iklan yang diletakkan di blog anda.

Revresponse.com
Revresponse.com adalah antara penyumbang pendapatan dari blog anda.Program ini berbentuk PPA (Pay Per Action )yang mana hanya akan membayar publisher setelah ada orang mendaftar untuk menerima majalah percuma dan pendaftaran mereka diterima.Sekiranya pendaftaran si pendaftar tidak lulus,maka anda tidak akan dibayar.Paling minima anda akan dibayar USD1.50 untuk satu pendaftaran.

Nuffnang.com
Nuffnang.com adalah program pengiklanan tempatan pertama seperti Adsense yang mana berkonsepkan PPC.Banyak blog dan website di Malaysia yang menggunakan Nuffnang.com untuk menjanakan pendapatan mereka.

Banyak lagi cara yang boleh anda menjanakan pendapatan anda.Apa yang penting sekarang,anda harus banyak belajar,kuat berusaha tanpa mudah putus asa,dan konsisten.Insyaallah apa yang anda lakukan diberkati Allah.

Sampai jumpa lagi.

No comments:

Post a Comment