Cari pendapatan tambahan..buat blog,youtube,jual ebook,affiliate dan macam-macam lagi..

Sunday 6 March 2011

Kadar Inflasi di Malaysia

Artikel kali ini memang tidak menjurus kearah bagaimana mencari pendapatan tambahan,tetapi ianya memang ada kaitan sedikit sebanyak di dalam kehidupan kita seharian.Walaupun kadang-kala kita tidak merasai kenaikan inflasi ini,tetapi secara tidak sedar ia memang mempengaruhi kehidupan kita,hari-hari kita membelanjakan wang,untuk membeli di pasar,di kedai runcit ataupun supermarket,pendek kata memang setiap harilah kita membelanjakan wang.

Tahukah anda simpanan anda di bank itupun akan susut nilai akibat kadar inflasi ini,untuk jangka panjang la,melainkan anda menyimpan atau membuat pelaburan dengan unit trust ( Saham Amanah ) seperti PUBLIC MUTUAL.Ada juga bank-bank tempatan yang lain menawarkan pelaburan di dalam unit trust ini,tetapi Public Mutual mempunayai nilai dana pelaburan yang tertinggi di Malaysia,pendek kata No 1 lah.Ini kerana dengan unit trust ini akan memberi kadar pulangan yang tinggi lebih dari 10 peratus.Tahukah anda lagi jika simpanan anda mendapat dividen kurang atau sama dengan kadar inflasi pada tahun tersebut hukumnya adalah RUGI.Di bawah ini ada saya sediakan sedikit artikel tentang inflasi di negara kita,sila baca sebagai tambahan pengetahuan.

Kadar inflasi di Malaysia pada Disember 2010 naik kepada 2.2 peratus,iaitu yang tertinggi dalam tempoh 19 bulan.Ini sekali gus merekodkan kadar inflasi tahunan kepada 1.8 peratus untuk 2010.Kenaikan kadar inflasi itu berpunca daripada lonjakan harga makanan,komoditi dan penurunan subsidi oleh kerajaan pada akhir tahun 2010.Penurunan subsidi yang menyaksikan kenaikan harga petrol RON95 dan diesel sebanyak 5 sen seliter,LPG 5 sen sekilogram dan gula 20 sen sekilogram serta sambutan perayaan krismas dan cuti sekolah telah mendorong kenaikan inflasi.

Bagaimanapun,kadar inflasi negara masih jauh lebih rendah berbanding Indonesia 6.9 peratus,Korea 3.5 peratus,Thailand 3 peratus dan india 8.4 peratus.Berdasarkan laporan Financial Times,kajian yang dijalankan oleh Northern Light mendapati 62 peratus pelabur menjangkakan inflasi akan meningkat secara global.Awal minggu ini data yang dikeluarkan di Britain menunjukkan indeks Harga pengguna di United Kingdom mencecah 3.7 peratus pada Januari 2011.Ini menguatkan spekulasi bahawa inflasi sedang meningkat.Reuters pula melaporkan syarikat-syarikat di China dan India,yang selama ini menikmati ekonomi yang kukuh bimbang menghadapi risiko inflasi.Pengerusi syarikat pembuat tayar India,Apollo Tyres,Onkar Kanwar berkata,harga minyak dan getah asli melonjak seumpama emas sekarang.

Inflasi di Negara ini boleh dikawal dan diuruskan dengan baik,walaupun kerajaan mengurangkan pemberian subsidi.Ianya boleh dikawal sekiranya pengurangan subsidi itu dilakukan secara berperingkat-peringkat.
Analisis telah dibuat oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dan menunjukkan ia akan meningkat kepada 3 peratus atau turun kepada 2.9 peratus untuk masa ini.Hutang Negara akan meningkat pada tahun itu sekiranya negara terus bergantung kepada pemberian subsidi kerajaan.Antara cadangan pengurangan subsidi membabitkan subsidi gas yang mengakibatkan peningkatan tarif elektrik,kenaikan kadar tol,caj hospital awam dinaikkan dan sebagainya.Kerajaan juga mencadangkan agar langkah mengurangkan subsidi petrol secara berperingkat dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi dan maju.

Malaysia merupakan salah sebuah Negara yang memberikan subsidi yang banyak di dunia dengan jumlah subsidi sebanyak RM74 billion pada 2009.Ia meliputi subsidi social sebanyak RM24.8 billion,minyak sebanyak RM23.5 billion dan makanan sehingga mencecah RM3.1 billion.Sementara itu,kaji selidik BNM menunjukkan inflasi akan meningkat kepada 4 peratus pada 2011 hingga 2012 dan berada sekitar 3 peratus selepas 2013.
                                                                                                             Petikan dari BH kalssifieds Sabtu 5 mac 2011
Itulah serba sedikit maklumat yang dapat saya sediakan untuk paparan blog saya kali ini.Apa yang dapat saya rumuskan,kita harus bersiap sedia dengan kenaikan kadar inflasi ini.Kita tidak akan mampu mengelak dari merasai kesan kenaikan inflasi ini,apa yang boleh anda dan saya lakukan,kita hendaklah sentiasa berjimat cermat dan bersederhana di dalam perbelanjaan seharian kita,membuat simpanan untuk masa depan,untuk kecemasan dan sebagainya.
Sehingga kita bertemu lagi…wassalam..

No comments:

Post a Comment