Cari pendapatan tambahan..buat blog,youtube,jual ebook,affiliate dan macam-macam lagi..

Wednesday 9 March 2011

Best Motivational video ever

Video motivasi untuk membakar semangat anda yang makin pudar.



Apa kaitan video di atas dengan post saya kali ini,sedarkah anda kita sebagai manusia mudah putus asa,ataupun dalam bahasa orang putih 'Give up'.Apa benda yang kita lakukan tapi mudah putus asa,pasti tidak akan kemana impian kita itu.Putus asa ini bukan hanya di dalam dunia perniagaan malah dalam hidup kita pun ada putus asa.Persoalannya.. ,macam mana kita hendak mengelakkan putus asa ini ada dalam diri kita.Anda nak tahu jawapannya...teruskan berusaha,dan banyak berdoa kepada Ilahi,itulah jawapan yang sebenarnya.

Tiada jawapan yang khusus untuk soalan putus asa ini.Cuba anda perhatikan,ataupun anda pernah membaca kisah-kisah kejayaan jutawan di Malaysia ataupun di dunia.Tiada istilah putus asa berada di dalam diri mereka.Apa yang mereka hanya lakukan teruskan usaha.Seperti mana contoh video di atas,dia hanya seorang yang cacat tanpa kaki dan tangan,dia berusaha dan terus berusaha untuk bangun sahaja,berulang kali dia lakukan,sekarang dia sudah mampu bangun jika terjatuh tanpa bantuan sesiapa pun.Itu salah satu contoh kecil yang saya sediakan.

Begitu jugalah di dalam memulakan perniagaan ataupun apa perkara sekali pun,kita harus terus mencuba walaupun gagal beratus kali.Cuba tengok penggiat filem tanah air kita yang berbangsa cina ini,filem pertama dan kedua yang beliau keluarkan tidak mendapat sambutan yang hangat,tetapi beliau terus cuba mencari ilham atau idea baru untuk mengeluarkan filem yang mampu mencatat kutipan yang tinggi malah box office.Anda kenal siapa yang saya maksudkan? Beliau ialah Mr David Teo,sekarang beliau telah menjadi jutawan dengan hasil filem dan mampu memberi angpow atau bonus yang agak lumayan kepada para pelakon dan kakitangan syarikat David.

Mengikut pengalaman orang yang sudah lama terlibat di dalam dunia perniagaan ini.Untuk mewujudkan atau memulakan perniagaan tidak susah,tetapi untuk mempertahankan perniagaan itu yang susah.Kalau anda mengatakan untuk memulakan perniagaan itu lagi susah,terpulang kepada anda,bila anda sudah mampu memulakan perniagaan tidak kira kecil atau besar nanti,baru anda sedar apa yang dikatakan oleh orang lama..renung-renungkan..

No comments:

Post a Comment