Cari pendapatan tambahan..buat blog,youtube,jual ebook,affiliate dan macam-macam lagi..

Wednesday 16 March 2011

Muflis kerana hutang..

Ramai penjawat awam terjerat dengan skim tanpa deposit.

Berita semalam 15/3/2011 melaporkan seramai 542 daripada 1,086 penjawat awam yang diistiharkan muflis sejak beberapa tahun kebelakangan ini kerana terperangkap dengan tawaran pembelian kereta tanpa deposit.Pada hari semalam saya berjalan-jalan salah sebuah pusat membeli belah di sekitar Ipoh,saya melihat satu pameran kereta tempatan memberikan tawaran membeli kereta tanpa membayar deposit.Mengikut kata penjual kereta tersebut ianya amat sesuai untuk mereka yang baru bekerja,tetapi ingin memiliki kereta.Tawaran tersebut memang menarik,sehinggakan saya pun agak berminat dengan tawaran tersebut.
Bagi saya tawaran ini agak membebankan walaupun tanpa deposit,tetapi ansuran bulanannya agak tinggi.Nasihat saya lebih baik anda mengumpul wang dahulu untuk membayar deposit sekurang-kurangnya 10% dari harga kereta yang ditawarkan tersebut.Ini bagi mengelakkan anda terperangkap dan membuat anda tidak mempu membayar bulanan tersebut,lagi satu nasihat saya,gunalah kereta yang bersesuaian dengan pendapatan anda,jika anda berpendapatan kecil,tetapi memasang impian memiliki kereta diluar kemampuan anda,itulah yang membawa kepada ambang muflis.Jika anda ingin membaca laporan yang lebih lanjut klik disini

No comments:

Post a Comment